Welcome to my world. Be nice here. +Follow | Dashboard
Dream High
entryaboutstuff




Jumbled Up Post
Sunday, 14 August 2011 | 0 comment(s)
Assalamualaikum semua. How are you? Dah lama tak update blog ni. Rindu sangat sangat!:face64: Bukan apa, sibuk. Maaf ye.
So, kenapa tajuk entry ni dipanggil 'Jumbled Up Post'?
Sebab ada banyak cerita yang nak kongsi dengan korang. Get ready!
Semalam punye semalam kan,aku baru balik dari Kem 3R (Remaja Raikan Ramadhan) kat Surau Rantau Petronas. Start hari Jumaat pagi. ish, aku memang takut la coz takde geng kat situ. Tapi pastu dapat jugak kawan o_O huhu. Memang best kawan ngan diorang sume! Rasenya macam aku ni diam SIKIT(sikit je), tapi kak Ieyjan kate RIUH. :11: wakaka.
Petang tu ada kena bagi survey pasal ramadhan dekat shopper-shopper di Mesra Mall. Aku pun edar la dekat semua orang, pekerja pun boleh. Pastu ada satu akak yang kerja kat situ, dia marah aku.. Aku: Assalamalaikum kak, kami dari Surau Rantau Petronas. Kami nak mintak tolong akak tolong isi... Akak tu: Dik, kat sini tak boleh bagi flyer tau. Sape sape pun tak boleh(padahal boss Mesra Mall tu dah bagi kebenaran!) Aku senyap jela kan.. Pastu aku blah la. Aku pun kate:
WHATEVERRRR!
dengan gaya yang menggedik dan gaya tangan yang mengada beserta dengan suara mengada.
:128: lalala~ I'm Sorry! That night ada slot Palestin Untukmu


سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو السميع البصير

Maksudnya : "Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

(Ayat 1, Surah Al Isra')

Faham tak? Kita sepatutnya tolong saudara-saudara kite di Palestin. Mereka sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan Masjidil Aqsa. Sebenarnya Masjidil Aqsa milik semua orang Islam, tapi hanya mereka yang mempertahankannya. Hanya mereka yang melindunginya hingga ke titisan darah yang terakhir, tapi kita? Kita tak buat apa-apa. Kita tahu akan kejadian itu, tapi kita buat tak tau je, buat donno je.. Kita bagi sumbangan? Dalam kata lain, itu bukan sumbangan, itu dipanggil 'membayar hutang'. Why? Renung-renungkanlah..


Konvoi AQSA2Gaza2 (A2G2)
“Ramadhan Di Palestin”
Konvoi seramai 12 orang ini akan berada di Gaza untuk membantu dan meneruskan projek-projek yang telah diusahakan sebelum ini. Tiga misi utama konvoi ini adalah:
- Menghantar 1000 beg sekolah bersama alat tulis. RM100 untuk satu beg dalam projek yang diberi nama, Back To School.
- Penerusan projek yang dikenalpasti; kilang roti, ternakan lembu, iftar, penajaan keluarga miskin dan anak yatim, pembinaan makmal universiti, bilik aktiviti khas kanak-kanak kanser Hospital Rantissi dan sebagainya.
- Rose2Rose, program dari wanita untuk wanita, iaitu usaha menubuhkan pusat komuniti untuk pembangunan wanita.
Konvoi oleh:

AQSA SYARIF

And watch this video!




Ok, that's all for now  :c:
:88:



Older Post . Newer Post